Tuesday, October 20, 2015

Singgang Ikan Aye Terengganu Style

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Singgang ni antara menu femes kat belah Pantai Timur. Femes tu kata orang... kalau dalam seminggu tu sekurang-kurangnya sekali atau 2 kali akan dimasak. Kalau yang memang 1 keluarga suka sesangat dengan lauk singgang ni... boleh jadi sampai 3 kali seminggu. No worries sebab singgang ni lauk yang menyihatkan sebab ia takde santan & minyak langsung. Tapi jangan tak tahu pula... antara Terengganu & Kelantan... resepi singgangnya berbeza.  Kalau versi Terengganu kuahnya wajib warna kuning. Singgang Kelantan pula warna natural je sebab tak letak kunyit & rasanya bahan2 lain pun sedikit berbeza.  Kalau masak singgang ni... gandingan wajibnya mesti ada ikan goreng, ulam-ulaman & juga budu. Budu lah yang paling wajib mesti ada... Bukan setakat budu.. mesti ada lada jarum (cili apilah tu...), limau nipis/limau budu... kalau takde limau.. boleh tambah tempoyak. Kalau nak guna isi durian pun boleh, tapi mesti ada limau nipis jugak untuk balance kan rasa masin budu tu. Nak sedap lagi.. boleh juga hiriskan bawang merah. Tapi kalau belah Tganu rasanya jarang2 letak hirisan bawang merah ni. Yang dah ada tu pun rasanya boleh menambah2 makan nasinya nanti... hehehehe.. Kalau nak picit cili api dari kuah singgang tu pun boleh.. tak perlu nak guna cili padi lain dah. Oh ya... kalau singgang daging pula... sedikit berbeza ye sebab kena ada campuran rempah biji... yang tu lain kali ceritalah... hari ni nak kongsi resepi singgang ikan aye versi Tganu ni dulu.  Boleh je guna ikan kembong atau lain2 ikan yang sesuai.



Jom kita tengok resepinya... Singgang Terengganu takde letak bawang merah ye.  Kalau ada orang masak singgang letak bawang merah, tu resepi yang dah dimodified la tu... bukan resepi ori Tganu dah... Nak letak pun boleh.. tapi resepi yang MaDiHaA belajar dari ma & arwah nenek memang takde letak bawang merah.

Singgang Ikan Aye Terengganu Style
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
1/2 ekor ikan aye yang dipotong2 (bahagian kepala paling sedap disinggang)
5 ~ 6 hirisan kunyit hidup
3 hirisan lengkuas
3 ~ 4 keping asam gelugur (tengok saiz kalau besar letak 3.. kalau guna asam kandis yg lebar tu letak 2 je atau boleh tambah kemudian sekiranya kurang masam)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
4 ~ 5 ulas bawang putih ~ dibelah 2
5 ~ 6 biji cili padi atau 2 biji cili hijau
10 biji bendi
garam & perasa secukupnya
1.5 liter air

Cara menyediakan
1. Masukkan air dalam periuk bersama hirisan kunyit, lengkuas, bawang putih, kunyit serbuk & ikan. Masak sehingga mendidih. Tambahkan asam keping.
2. Masukkan cili padi/cili hijau serta bendi, garam & serbuk perasa.
3. Pastikan cukup masin & masamnya. Bila bendi dah empuk bolehlah matikan api.

Selamat mencuba!

1 comment:

Akak Kembang said...

sesuai utk org diet ni...cicah sambal belacan..perghhhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...