Tuesday, September 27, 2016

Jeruk Mangga Asamboi

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua..


Puan MaDiHaA kembali lagi... hihi.. Mujur tak hilang lama kali ni. Rajin2kan diri sapu2 habuk di blog yang dah suam2 kuku ni. Hari ni terasa nak kemas kini blog biarlah hanya dengan hidangan biasa2 je.

Mangga asamboi ni dah lama viral kan? MaDiHaA pun dah banyak kali buat. Cuma bab ambik gambar tu je yang malas. Itu yang takde masuk blog. Setakat ni rasanya pernah update kedondong asamboi je kot. Banyak yang boleh kita asamboikan selain mangga muda, MaDiHaA selalu buat guna buah jambu batu, epal hijau, kedondong dan juga nenas. Ada nampak yang terbaru orang dok buat guna buah rambutan... wahh.. sangat rare... tapi belum tergamak nak mencuba lagi.. hehe... 

Kalau u all nak tengok jeruk betik asamboi boleh juga tengok kat SINI ye. Yang ni dah lama MaDiHaA buat, cuma tak viral je. hihi.. tapi resepinya ada kelainan sikit sebab perlu tambah cuka. Yelah kan sebab buah betik takde unsur2 rasa masam, sebab tu kena tambah cuka. Hasilnya memang sedap, lebih sedap dari jeruk betik dulu2 yang biasa terjual dikedai2 runcit. Ada juga ternampak orang dok update resepi jeruk betik ni kat facebook, tapi tak sebut pun resepi ambik dari blog MaDiHaA.... biasalahkan manusia.. tak pandai nak hargai milik orang lain. Padahal.. resepi copy & paste sebiji2 dari blog ni.  Asalnya MaDiHaA pernah update resepi jeruk betik tu kat Fotopages dalam tahun 2009.. lamakan? Malaslah nak cerita pasal orang2 yang tak reti nak hargai orang lain ni.. buat sakit hati je. Takpelah yang penting ilmu yang MaDiHaA kongsi ni memang ikhlas.. tinggal lagi.. terpulanglah pada u all semua samada pandai nak berterima kasih atau tidak. Kalau nak mengaku sendiri punya resepi pun terpulangla.. MaDiHaA tak rugi apa2 pun...



Oklah tepek jugalah gambar mangga asamboi ni walaupun dah habis musim viralnya.. haha.. Minggu lepas adalah member baik kitorang kat opis ni bawak 2 plastik besar buah mangga muda untuk kami. Dia bukan staff syarikat pun, tapi dia supplier syarikat tempat kitorang kerja ni. Dia Chinese tau.. tapi memang tak kedekut... tiap2 tahun akan bawak mangga kat kitorang sebab katanya kat kilangnya ada beberapa pokok mangga yang berbuah lebat tiap2 tahun.



Lepas dah berbahagi2 buah mangga yang diberi kami tinggalkan dalam belasan biji mangga kat opis & esoknya kitorang buat mangga asamboi kat opis. Dapatlah 2 bekas kat atas tu.  Pagi2 sampai opis dalam pukul 7.45, MaDiHaA sensorang kopek siap2 buahnya & bila member2 lain sampai kitorang sama2 hiris & siapkan projek kitorang ni sampai termakan waktu opis setengah jam, tapi bos ok je... sebab bos pun sama naik suka makan asam.. hahaha..  



Senang je nak buat ni.  Biarlah walaupun semua orang dah pandai buat.. tepek la jugak resepinya.  Sukatan main agak2 je ni, adjustlah sesedap rasa ye. Gambar kat bawah ni pulak versi buat kat rumah mangga yang dibawa balik... asamboinya dihiris2 sebelum digaulkan. Rasanya yang dihiris2kan ni lebih mudah mesra/meresap dengan mangga.. cubalah ye..


Mangga Asamboi
Bahan2

4 biji mangga muda saiz besar
10 sudu besar gula 
1/2 sudu kecil garam
15 biji asamboi (nak hiris kecik2 isi asamboi pun boleh juga. yg ni lagi banyak lagi sedap)
5 biji cili padi (nak pedas tambah lagi)

Cara menyediakan
1. Kopek mangga muda & cuci bersih. Hiris ikut selera sendiri.
2. Masukkan dalam bekas yang ada penutup, masukkan gula, garam, asamboi & cili padi yang dihiris. Gaul rata & kemudian simpan dalam peti sejuk selama beberapa jam. 
3. Keluarkan bekas tadi & gaul rata sekali lagi biar semua mangga dapat meresap air gula sama rata. Boleh biarkan selama satu malam dalam peti sejuk sebelum dimakan, atau boleh je kalau nak dimakan terus lepas beberapa jam.


Selamat mencuba.

Tuesday, September 6, 2016

Rojak

Assalamualaikum & salam sejahtera..


Lama sungguh menyepikan diri dari berblogging. Dah jadi kebiasaan setiap kali lepas raya mesti senyap seribu bahasa sehinggalah sampai satu ketika rasa rindu berblog... tuan blog akan munculkan diri. hihi... Apa khabar semua? Harapkan semuanya berada dalam keadaan sihat2 semuanya ye.  Jaga kesihatan, jauhkan diri dari tempat2 yang berisiko dijangkiti penyakit memandangkan sekarang ni virus zika dah menular masuk Malaysia.. berasa takut2 juga dibuatnya.  Bagi ibu2 mengandung tu.. elakkanlah berada ditempat2 yang ada banyak nyamuk. Kat rumah tu sebelum masuk waktu senja2 cepat2 tutup tingkap & pintu rumah supaya nyamuk tak masuk rumah.  Jika perlu pergi ke tempat2 yang dikhuatiri banyak nyamuk.. belilah mosquito repellent yang tampal2 tu.. boleh tampal kat bahagian badan/luar pakaian kita supaya nyamuk tak datang dekat dengan kita.  Biarlah habis duit sikit asalkan kita bebas denggi/zika.

Okla... tiba2 banyak pula nak membebel kan.. maklumlah dah berbulan2 tak membebel kat blog. Oklah hari ni MaDiHaA nak kongsi resepi rojak yang ringkas ni. Nak buat pun senang je. Tapi ni bukan versi rojak mamak tu ye sebab takde kerepek yang garing2 & takde juga cucur kelapa yang keras tu.. ni rojak mudah2 je... Jom kita tengok apa bahan2nya. Seronok buat rojak ni... nampak macam sikit... tapi alhamdulillah.. boleh berbahagi2 ke rumah jiran2 MaDiHaA juga ni. 




ROJAK

Bahan2
5 biji telur rebus
5 biji kentang rebus
5 keping fish cake
5 keping tauhu
2 biji timun
1 biji sengkuang saiz kecil

Cara penyediakan
Goreng telur rebus, kentang rebus, fish cake & tauhu. Potong ikut sesuai rasa. Hiris atau raciktimun & sengkuang ikut selera sendiri.



Bahan2 Cucur
300g tepung gandum
2 gengam taugeh
2 gengam udang putih (udang halus2 dibuang kepalanya)
1 sudu kecil mauripan
1/2 sudu kecil garam 
sedikit serbuk kunyit
Air secukupnya

Cara2 Menyediakan Cucur
1. Campurkan semua bahan sehingga menjadi bancuhan cucur yang sederhana pekat.
2. Perap sekejap agak2 nampak naik atau berbuih2 sikit, bolehlah digoreng mcm cucur udang.



Bahan2 Kuah Rojak
60g cili kering/ segengam penuh ~ gunting, buang biji dan rebus hingga lembut.
2 ulas bawang putih
300g kacang tanah ~ digoreng dgn minyak hingga garing
4 cawan air atau secukupnya
2 sudu besar tepung jagung bancuh dengan sedikit air
2 keping gula manisan atau secukup rasa
Gula pasir secukup rasa
Garam secukup rasa
1 sudu besar asam jawa ~ campur air ambil jusnya

Cara2
1. Kisar cili kering dengan bawang putih. Kisarkan pula kacang tanah dengan air secukupnya & ketepikan.
2. Tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan air, gula nisan, air asam jawa serta garam. Bila mendidih masukkan kacang yang dikisar.  Tunggu sehingga mendidih kemudian masukkan air tepung jagung.  Masak sehingga pekat. Jika kuah terlalu pekat boleh adjust tambah air ikut keperluan.

Cara menghidang
Pilih bahan2 rojak ke dalam pinggan ikut keperluan. Tuangkan kuah di atasnya dan bolehlah nikmati rojak diwaktu minum petang atau bila2 masa.

Selamat mencuba!

Wednesday, June 29, 2016

Tepong Bungkus

Assalamualaikum & salam sejahtera...
 


Bulan puasa ni tekak teringin macam2.  Mujurlah bekerja... kalau tak kerja.. maunya hari2 nak buat kuih muih yang dok teringin tu. Bila kerja ni.. memang tak sempatla nak buat kuih-muih. Hanya sempat masak masakan utama je. Mana yang dok teringin tu.. hanya buat hujung minggu je. 

Mujurlah masih boleh kawal nafsu untuk ke bazar Ramadhan. Ramadhan kali ni.. baru 2 kali je pegi ke bazar, itupun sebab anak2. Kena berjimat cermat sikit, kalau ikutkan hati, cukup bulan duit pun boleh kering. Almaklumlah harga makanan kat bazar sekarang ni, boleh geleng kepala dibuatnya. Jadi mana2 yang anak2 suka tu.. mana yang mampu buat kita buat jelah sendiri. Anak2 MaDiHaA suka sangat dengan roti john, jadi jalan untuk berjimat.. buat sendiri je kat rumah. Tapi kali ni bukan nak kongsi resepi roti john... kali ni MaDiHaA nak kongsi resepi tepong bungkus yang MaDiHaA buat masa balik berbuka puasa di rumah mertua minggu lepas.  Syok buat kuih2 melayu gini kat kampong sebab kebanyakan bahan semua percuma. Buat inti pun boleh guna kelapa yg agak muda. Daun pisang, santan kelapa semua tak berbeli. Kuih cukup lemak, inti pun sedap sebab guna kelapa muda.

Terima kasih pada kak Wan Citarasawan untuk perkongsian resepi ni. Ini memang kuih kegemaran MaDiHaA.. maklumla.. selera orang2 yang dah nak masuk veteren ni... kuih2 lama memang jadi kuih kegemaranlah... puas hati buat sendiri.. puas makan.. mertua pun suka... 

Jom tengok resepinya...



 
Tepung Bungkus
Resepi : Kak Wan
Dicuba oleh : MaDiHaA aka Ratna
 
Bahan Inti:
1/2 biji kelapa muda parut
200gm gula melaka, racik halus
2 sudu makan air
2-3 sudu makan tepung pulut
1 helai daun pandan

Cairkan gula melaka dengan air bersama daun pandan di atas api kecil hingga mendidih. Masukkan kelapa parut dan gaul rata. Bila inti hampir kering, tabur sedikit tepung pulut, gaul rata hingga inti melekat. Sejukkan dan gentel bulat2.

Bahan Kuih

150gm tepung beras (1 cawan)
500ml santan (2 cawan)
1/2 sudu teh garam
Daun pisang secukupnya di layur

Cara-cara:
  1. Lap dan layur daun pisang di atas api, potong mengikut saiz dikehendaki.
  2. Bancuh tepung beras bersama santan dan garam. Kacau atas api hingga separuh masak.  Angkat dan biarkan suam sedikit.  Panaskan kukusan.
  3. Ambil 2 sudu makan penuh bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang.  Letakkan 3 biji inti (MaDiHaA guna 2 biji je) dan tutup dengan dua sudu lagi adunan tepung.
  4. Bila dah selesai bungkus, kukus kuih lebih kurang 15 minit.

Selamat mencuba!




Friday, June 24, 2016

Makaroni Gratin

Assalamualaikum....
Bila dah ketandusan idea nak masak apa untuk berbuka... bolehlah tukar ke menu western pulak. Ini menu kegemaran anak2 MaDiHaA. Menambah2 mereka makan. Nak masaknya pun bukanlah susah sangat.
Jom MaDiHaA kongsikan lagi resepinya. Dah pernah beberapa kali kongsi resepinya sebelum ni. T.kasih kak Meen/Mar untuk perkongsian resepi ni..

  

Makaroni Gratin
Resepi : Jasmeenskitchen
Sumber : MaDiHaA aka Ratna

Bahan A
250gm Elbow Macaroni - Basuh & rebus hingga lembut
250gm keju mozarella

Bahan B
250gm udang basah (MaDiHaA ganti dengan bebola sotong)
1 peket jejari ketam - potong2
½ tin cendawan butang
1 biji carrot - sagat (nak guna mix vege pun boleh)
1 labu bawang besar - mayang halus
½ sudu besar serbuk lada hitam
1 sd besar mentega
Garam / serbuk perasa

Cara2
1. Panaskan Mentega, tumis bawang merah hingga layu.  Masukkan udang, jejari ketam, cendawan..gaul rata....& masukkan lada hitam & garam.
2. Bila udang dah masak, masukkan carrot & macaroni...gaul sebati hingga carrot nmpk layu sedikit.  Ketepikan dahulu

Bahan C / Sos Putih
(MaDiHaA buat dua kali resepi sos putih ni sebab MaDiHaA bakar dalam 2 loyang)
½ tin susu cair
2 sdb tepung gandum
1 sdb mentega
sedikit garam
2 slice cheddar cheese
Serbuk lada hitam

Cara2
1. Panaskan mentega sehingga cair..masukkan tepung...kacau sebati..
2. Masukkan susu ..kacau lagi... Bila dh mendidih sedikit, carikkan keju slice, masukkan dlm kuah. Perisakan dgn garam & serbuk lada hitam.

Untuk proses membakar
1. Panaskan oven 200C
2. Ambil bekas tahan panas - (bahan diatas ckup utk loyang bersaiz 8inci) 
3. Masukkan bahan B...kemudian curahkan sos putih.  Taburkan Mozarella cheese - penuh2 lg sedap.
4. Bakar selama 10 - 15min, mengguna suhu 200 degree celcius.  Siap.... sedap dimakan panas2.

Selamat mencuba!

Thursday, June 23, 2016

Sayur Lemak Jambu Golok Campur Sotong

Assalamualaikum & salam sejahtera...
 
 
Balik kampung MaDiHaA di Pahang 2 bulan lepas kebetulan musim buah gajus.  Jadi tak lepaskan peluang untuk merasai keenakan sayur lemak buah gajus dicampur dengan sotong. Masakan popular di Terengganu ketika musim buah gajus atau lebih dikenali buah jambu golok kat sebelah sana.  Kalau sebelah Kelantan rasanya kat sana panggil buat ketereh. Ada banyak nama buah ni... janggus pun ye jugak. 

Yang kuning comey2 tu yang kawan bagi... yang saiz besar tu yang ambik rumah pakcik tu...

Mulanya tak tau jugak musim buah jambu golok ni. Kawan sekampong dok share kat FB... apa lagi.. kita pun ngeceklah buahnya.. sapa suruh tunjuk.. hihi.. Tapi nampaknya hanya dapat beberapa biji je buahnya & bersaiz kecik pulak comel pulak tu.. mana la cukup kalau dimasak.. lepas kecut rasanya  setengah mangkuk  pun belum tentu dpt. Jadi MaDiHaA ajak ma & suami ronda satu kampong untuk mencari kalau2 ada jumpa pokok jambu golok ni kat rumah sesapa nak minta beli. Ronda punya ronda.. jumpala kat belakang rumah peneroka Krtg 2 ada pokoknya.  Sanggup bagi salam kat rumah pakcik tu & minta beli. Tuan rumah pula baik sungguh... dia cakap petik jelah nak.. takde siapa ambik pun buah tu.. siap dia bagi galah penjolok yang siap ada tempat khas sambut buah kat hujung galah tu... punyalah baik. Kitorang pun apalagi... petikla selagi ada buahnya... yelahkan.. rezeki jgn ditolak. Nampak banyak buah jatuh2 kat bawah pokok memang takde siapa yang ambik. Lepas petik bagai... masa nak pulangkan galah pakcik tu... sedekahla juga kat pakcik tu rm5 sebagai tanda terima kasih. Pakcik tu taknak ambik pun katanya pakcik tak jual nak... tapi kami paksa juga dia ambik...  & kami kata kami pun tak beli.. ni saja nak sedekah je.. hehehe... tak sedapla kan ambik macam tu saja.. Eh!! panjang pulak celoteh hari ni.. jomlah tengok resepi ulangan ni.... berselera makan... dapat jugak bagi kat kawan yg bg buah tu merasa sikit sayur lemak ni sebab dia tak pernah rasa lagi sayur ni.



SAYUR LEMAK JAMBU GOLOK CAMPUR SOTONG
(Resepi Tradisi Trengganu)
Sumber rujukan : Ma


Bahan2
½ kg buah jambu golok / gajus yang ranum
½ kg sotong sederhana besar
1 biji bawang besar ~ hiris
1 ulas bawang putih  ~ hiris
2 biji cili merah/hijau ~ belah/hiris
beberapa biji cili padi jika suka
1 hiris halia (untuk menghilangkan hanyir sotong)
3 cawan santan sederhana pekat (atau secukupnya)
garam secukupnya

 
 Cara2

1. Buah jambu golok dibuang bijinya dan isinya dihiris2 memanjang. Apabila habis dihiris semua isinya diramas/diperah supaya airnya keluar. Kemudian dicuci bersih. Bersihkan pula sotong & hiris.
2. Campurkan semua bahan2 di atas dalam satu periuk dan masaklah macam biasa sambil sentiasa dikacau2 supaya santan tidak membuak.
3. Rasakan garamnya biar secukup rasa. Sedia dihidangkan bersama nasi putih panas2. Lebih sedap jika ada sambal belacan & ikan masin. 
 
Selamat mencuba!



Tuesday, June 21, 2016

Popia Telur

Assalamualaikum & salam sejahtera semua...


Tak tau nak celoteh apa hari ni. Jomlah MaDiHaA kongsikan resepi Popia Telur kegemaran keluarga MaDiHaA ni. Mudah2an dapat memberi ilham pada ibu2 yang kekeringan idea nak masak apa untuk juadah berbuka hari ni. Popia ni MaDiHaA buat hari yang sama MaDiHaA masak Laksa Sarawak tempohari...



POPIA TELUR
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
1 biji sengkuang saiz sedang – sagat
1 biji carrot – sagat
3 biji telur
2 ulas bwg putih - cincang
1 ulas bwg besar – cincang
sedikit udang geragau jika suka – ku tak bubuh takde stok
sedikit garam
sedikit sos tiram
sedikit air
minyak
kulit popia secukupnya
1 s/b tepung gandum – bancuh dgn sikit air jadikan pes sebagai pelekat

Cara2
1. Pecahkan telur dan campur sedikit garam dan kacau sebati. Panaskan minyak dan masukkan telur. Kacau2 hingga jadi scramble egg. Angkat dan ketepikan. 

2. Masukkan minyak dlm kuali yg sama. Tumis bwg putih hingga wangi dan masukkan bwg besar tumis hingga layu. Masukkan udang geragau, garam, sos tiram dan air. 
3. Masukkan carrot & sengkuang dan kacau2 hingga agak kering. Masukkan scrambled egg dan kacau sebati hingga kering sikit. Angkat dan bolehlah mula menggulung popia. Gunakan pes tepung sebagai pelekat. Bila siap menggulung bolehlah digoreng.







SOS CILI
Resepi : MaDiHaA aka Ratna


Bahan2
10 biji cili kering – potong & rebus dan blend halus (boleh juga guna cili merah dlm 6 biji)
1 senduk kecil cuka
gula dan garam secukupnya
air secukupnya
1 s/k tepung jagung bancuh dgn sikit air

Cara2
Masukkan semua bahan kecuali bancuhan tepung jagung dlm periuk dan masak di atas api sederhana. Bila mendidih masukkan bancuhan tepung jagung. Masak mengikut kepekatan yg dikehendaki. Rasakan masin dan manisnya dan bolehlah dihidang bersama popia goreng. (bulan puasa ni agak2la ye... hihi...)


Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...